Pages

Friday, September 2, 2022

Kenapa Saya Ambil Bloom Collagen

Alkisah bila dah berumur sikit ni, mulalah kurang sana sini. Nak mencari alternatif terbaik tak berjumpa. Hinggalah satu hari dengar sharing aunty ni yang dah bercucu, ada geng mengaji di masjid yang kebanyakan berkerusi semasa solat. . Aunty ni kembali aktif selepas mengamalkan bloom collagen. Mengambil semangat aunty tersebut, maka kita pun consume. Alhamdulillah yang bagusnya tiada lagi kelesuan. Aktiviti menjadi lebih lancar. . Jom bloom collagen. Untung banyak ! . Roger saya ya ❤ . Along Aishah 0123766713

Friday, August 10, 2018

DIY your essential oils

Assalamualaikum...salam sejahtera... Eo juga boleh dicampur dan diadun untuk menghasilkan balm..
Serius semasa mengadun balm...kualiti penting
Antara balm yang dihasilkan untuk event yang lalu...

Tuesday, July 17, 2018

Dew Drop Diffuser

Assalamualaikum ...Salam Sejahtera..
kami ada beberapa jenis diffuser..maklumlah dah lama guna...lagipun nak juga healthy lifestyle...maklumlah dah tua...anak-anak pula sedang membesar...jadi dengan adanya diffuser ia antara pilihan tepat...\\
Anak-anak pandai on sendiri lampu ajaib mereka ni...biasa dalam bilik kami pakai sahaja dew drop diffuser...cukup untuk kapasiti dan kebesaran bilik kami...yang best nyamuk pun tak berani hinggap anak..anak-anak pun dah tahu...wajib pasang diffuser...kalau tak nyamuk menyerang...maklumlah duduk kampung...
wap yang dilepaskan oleh diffuser adalah wap yang telah mengandungi moleukul essential oils yang memberi fungsi yang baik untuk tubuh badan kita...antaranya memberi ketenangan dan pelbagai fungsi lain...kene cuba tu baru tahu berapa macam banyak fungsinya...
inilah rupanya dew drop diffuser tu...snap pic yang ada di rumah aje....tahan 4 jam dan akan off sendiri...jadi tak perlu gusar sekiranya on dan keluar rumah...pernah aje kami diffuse purification di ruangan dapur dan kemudian lalat mati bertebaran di lantai dapur...siap kita pun terkejut...
diffuser bekerja pada waktu malam....
ini pula dessert mist diffuser...punya pilihan warna lampu yang pelbagai dan tahan lebih lama iaitu 6 jam...rupa yang cantik...sesuai jika anak-anak dah besar dan anak kecil juga baik perangainya....nak bagi hadiah pada orang cantik sangat ni!!!! ok...stay tuned...sampai jumpa....

Umrah 2017..umrah musim sejuk

Pengalaman seciput saya abadikan di blog sekiranya bermanfaat pada pembaca alhamdulillah...
kami berangkat pada 3 Disember 2017 dengan penerbangan Malaysia Airlines yang ditempah khas oleh Zahafiz Travel Agency bersama dua lagi travel agency yang lain...kiranya dalam kapal terbang tersebut semua penumpang yang mahu mengerjakan umrah sahaja...dan mendarat di Lapangan Terbang Madinah...kami pergi berlapan iait saya, isteri, mak, adik bongsu dan adik-adik ipar ...
4 Disember 2017 di ladang kurma
5 Disember 2018...di Masjid Nabawi...melawat sendiri ke beberapa masjid lain....tengok songkok pakistan saya tu...lawa tak???
7 Disember...mengucapkan selamat tinggal kepada Nabi dan tiba di Makkah...dalam keadaan berihram dan menaiki bas menuju ke kota Makkah...labbaikallahumma labbaik...umrah pertama bersama isteri...alhamdulillah..masa ni mak dan adik buat umrah di tingkat atas menggunakan laluan kerusi roda...kami bersama-sama adik-adik ipar buat umrah di dataran dan akhirnya terpisah...kesudahan kami juga yang tidak terpisah...alhamdulillah...moga jodoh kekal ke akhir hayat...
lepas solat jumaat....pekena aiskrim...
teringat2 pulak makanan di sana..moga ada rezeki boleh pergi lagi...
sekitar lawatan ke ladang unta dan muzium...
adik perempuan manager mc donald di Malaysia...jadi selalu adik lepas solat maghrib dan isyak akan tawaf sunat..lepas tawaf sunat diorang berdua melontar...tu melawat mc donald di Makkah...tempat ambil makanan dipisahkan bagi lelaki dan perempuan...
malam terakhir kami suami isteri menghabiskan masa solat..membaca al quran dan berbual-bual di roof top...ramai juga kami lihat pasangan suami isteri di atas...tempat santai paling bermakna pada kami...
Ada lagi gambar-gambar yang lain tak sempat nak upload...

Young Living Essential Oils dan umrah

Alhamdulillah.. Saya dan isteri mengerjakan ibadah umrah pada bulan Disember tahun lalu...Saja nak bercerita sedikit tentang oils yang kami bawa sepanjang mengerjakan umrah dan kebanyakan oils tersebut isteri sentiasa kelek sepanjang berada di sana ( bawa dalam beg kecil yang dikalung dileher )....
Ini barisan oils yang dibawa...biar saya ceritakan sedikit oils yang mana kami guna semasa di sana...
Aroma ease...isteri ada masalah gayat dengan tempat tinggi..diceritakan pada saya kali pertama dia pergi mengerjakan umrah dahulu sewaktu belum berkahwin...dia muntah atas riba ayahnya...habis kerusi flight....alhamdulillah dia inhale...saat mula kapal terbang mahu terbang dan relax sahaja pada ketinggian ( walhal sebelum tu eskalator klia pun dia takut nak naik!!)
Deep Relief...cepat lega bila pening kepala dan sebagainya...sakit perut akibat tak keselesaan...owh masa ni waktu pulang dari masjidil haram, isteri jumpa seorang makcik pitam dan pengsan di tepi jalan pulang ke hotel...terus la isteri buka botol peppermint beri makcik tu inhale dan sapu sedikit aroma ease..alhamdulillah..mudah anaknya nak papah maknya semula tengok mak dah sedar...
lavender...kami di Makkah dan Madinah pada ketika itu musim sejuk...perubahan cuaca sekejap panas dan sejuk secara tiba-tiba mengakibatkan hidung saya berdarah..pada ketika itu di madinah saat mahu pergi solat di masjid Nabawi ( subhanallah indah sungguh rasanya seperti rasa mahu mengabdikan sepenuh masa di rumah Allah)...pada ketika itu isteri sapukan lavender...kami juga gunakan lavender untuk mak saya yang punya sakit kencing manis dan ada sedikit lubang di kaki...subhanallah..banyak jasa lavender..kalau tak menjejes-jejes darah mak...mak pula kuat aja semangat nak tawaf di dataran walaupun kami memang bawa kerusi roda dari Malaysia untuk kemudahan mak di sana...itulah semangat namanya....
dan ningxia red..untuk kekal bertenaga...saya dan isteri akan melakukan ibadah umrah kebiasaannya bersama-sama bagi tawaf dan sai...mak dan adik lebih banyak menggunakan khidmat skuter yang disediakan disebabkan keadaan mak yang kami risau sekiranya berjalan terlalu banyak...alhamdulillah...ningxia red juga adik kami yang pada satu hari sakit perut dan mula rasa nak demam..kami berikan ningxia red dan minum air zam zam...betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan pada kami dan kami amat syukurinya....
nak tahu eo apa lagi yang sesuai bawa umrah boleh juga whatsapp kami ya...
0123766713 / 0104013201
Saya kongsikan sedikit pic kenang-kenangan kami semasa di sana
tak gayat pulak puan isteri tengok ni..hikhik...
saya..isteri...mak...dan adik saya yang bongsu di ladang kurma...
Gambar lain saya share di post seterusnya aje la...stay tuned!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...